X
Menu
X

Tentang Kami

 

YAYASAN IKRAM MALAYSIA

Yayasan Ikram Malaysia telah diluluskan pendaftarannya di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pada 31 Oktober 2011. Yayasan ini ditubuhkan untuk memberi tumpuan dalam aspek agama, pendidikan, sosial, kebajikan/khairat dan pembangunan lestari rakyat Malaysia.

 

Misi Yayasan Ikram Malaysia 

  • Menyemarakkan kesedaran dan penghayatan tanggungjawab sosial membantu golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat.
  • Mengumpul dan mengurus tadbir dana awam dengan amanah, profesional dan berkesan.
  • Menggalakkan budaya kerjasama dan saling membantu dalam meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan umat.

Visi Yayasan Ikram Malaysia

 

Menjadi institusi yang unggul, diyakini serta dihormati dalam membela dan membangunkan kelestarian golongan yang memerlukan.

 

 

Skop Yayasan Ikram Malaysia

  • Bantuan untuk golongan yang kurang mampu dan memerlukan
  • Bantuan bencana seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh
  • Menzahirkan keprihatinan kepada Orang Kepelbagaian Upaya (OKU)
  • Memberi sokongan kepada wanita, remaja dan keluarga
  • Advokasi gaya hidup sihat seperti kempen bebas asap rokok dan kempen kesedaran dan pencegahan penyakit
  • Bantuan kemandirian masyarakat seperti pendidikan dan pembangunan
  • Kempen kesedaran dan kelestarian alam sekitar
Skop Yayasan Ikram Malaysia

Ahli Jawatankuasa

i-Bantu IKRAM
Pengerusi: Prof. Madya Haji Ainullotfi Abdul Latif
Timbalan Pengerusi / Ketua Unit Disaster Emergency Response Unit (DERU): Haji Mahmud Ibrahim

Ketua Unit Gelandangan: Haji Madhadzir Hassan
Ketua Unit Orang Kurang Upaya: Dr Wan Najwa Wan Mohd Zohdi
Ketua Unit Bebas Rokok dan Vape: Dr Mohd Afiq


Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga – PAKSI IKRAM: Hajjah Faridah Maludin
IKRAM Health: Dr Oteh Maskon
Raudhatus Sakinah: Hajjah Rosmawati Zainal


Eksekutif Kanan: Saudari Junainah Tolani
Eksekutif: Saudari Raja Noorliyana Raja Almanan
Eksekutif: Saudara Muhammad Hazmi Zawawi

Ahli Jawatankuasa