X
Menu
X

Hebahan

MAKLUMAT PALSU: Peranan Masyarakat Beretika

Kita sedang lalui zaman tanpa sempadan dan hanya ‘1 KLIK’ maklumat palsu telah tersebar.

Bagaimana nak membezakan maklumat itu benar atau palsu agar kita tidak kena tipu? Apakah pula kesan jika maklumat palsu ini tidak dihentikan?

Topik ini akan dikupas dalam segmen Bicara Bina Negara.
4 September 2021 (Sabtu)
10.00 pagi – 12.30 t/hari
Tonton dan kemukan persoalan secara Live di:


  • Moderator
    Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad ‘Athif Bin Mohd Faudzi
    Presiden Persatuan Saintis Muslim Malaysia (Perintis).
  • Ahli Panel 1
    Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom
    Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan IKRAM Malaysia.
  • Ahli Panel 2
    Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
    Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
  • Ahli Panel 3
    Dr. Ahmad Samhan Awang
    Pempengaruh Media Sosial.




Pandemik Covid-19: Kesan Kepada OKU

Pandemik Covid-19 ini menjejaskan banyak pihak, bagaimana pula ‘survival’ bagi golongan OKU?

Sejauh manakah suara mereka didengari dan nasib dibela?

Bak kata pepatah, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’

Jangan lepaskan menonton siaran langsung Bicara Bina Negara yang akan mengupas topik:
24 Julai 2021 (Sabtu)
10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Siaran langsung di


Bersama Moderator
>Dr Wan Najwa Wan Mohd Zohdi
Pakar Perubatan Pemulihan UiTM
Ketua Unit OKU, Yayasan Ikram Malaysia

Ahli Panel 1
>YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi
Ahli Dewan Negara
Presiden Persatuan OKU Sentral

Ahli Panel 2
>Dr Aizan Sofia Amin
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UKM

Ahli Panel 3
>Puan Salwa Mohd Salleh
Master in Art, University College London,
Ibu Kepada 3 Anak OKU

Kempen Bendera Putih

“Hai, macam mana nak menyumbang kempen bendera putih ini?”

“Salam, Tim Yayasan Ikram Malaysia ada buat agihan untuk bendera putih?”

==============

Ini adalah antara pertanyaan-pertanyaan yang kami terima mengenai kempen bendera putih.

Oleh itu, Yayasan Ikram Malaysia membuka seluas-luaskan sumbangan kempen ini kepada anda yang mahu membela nasib mereka yang terpaksa menanggung bil-bil utiliti akibat diberhentikan kerja, terjejas perniagaan dan terputus berkalan bagi menyara keluarga.

Usaha ini memerlukan anda semua, rakyat Malaysia yang prihatin bagi berkongsi rezeki agar dapat disalurkan secara telus kepada insan memerlukan.

Pastinya dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang lain.

Salurkan infaq anda dengan klik pautan ini :


Atau

Yayasan Ikram Malaysia
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj : WhiteFlagAlert

“Bersama menyumbang, berkongsi barakah”

Putuskan Rantaian Dadah

DADAH! Ia membawa anda ke ‘syurga’ kemudian mencampak anda ke alam ‘neraka’.

Kita berhadapan dengan kesukaran dalam membasmi gejala dadah malah setiap hari kita mendengar jenayah yang berkait dengannya.

Apa yang boleh kita lakukan agar negara kita tidak terus rosak akibat dadah?Bagaimana dan apakah taktik baru memerangi dadah?

Jangan lepaskan siaran langsung Bicara Bina Negara dalam mengupas isu bertajuk ‘Putuskan Rantaian Dadah, Apa Jalan Penyelesaian?’

Pada 26 Jun 2021/ Hari Sabtu 9.00 pagi – 12.00 t/hari


Youtube TV IKRAM


Facebook IKRAM Malaysia –


Moderator :Mohd Hafiz Abdul Hamid (Hafiz Bai) Ketua IKRAM Muda

Ahli Panel :

Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom
– Pengerusi Yayasan IKRAM Malaysia.

– Dato’ Seri Ayub Yaakob
Naib Pengerusi Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia
Mantan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

– Dr Nazira Sadiron
KPP Pemulihan Dalam Komuniti, AADK.

Dadah! Kita perang habis habisan!

#BicaraBinaNegara
#DadahMusuhNegara
#BinaNegaraRahmah

Kit Keselamatan Frontliners

Yayasan Ikram Malaysia telah bergerak ke serata Malaysia membantu Frontliner sejak Perintah Pergerakan Kawalan 1. 0 untuk agihan bantuan kepada Frontliners.

Alhamdulillah, jumlah agihan terkumpul Tabung Covid-19 pada tahuh 2020 sebanyak RM522,560 ke seluruh negara merangkumi peralatan, bantuan makanan dan dapur.

Prinsip kami adalah segerakan bantuan kepada golongan bersasar dikala krisis yang memeritkan ini. Oleh sebab itu, tahun ini kami sekali lagi memohon bantuan semua untuk membantu sumbangan Kit Keselamatan Frontliner ke seluruh negeri.

Amal kebajikan dan bantuan ini semestinya mudah dilaksanakan jika anda semua membantu dan meringakan beban yang ditanggung oleh para Frontliner.

Hulurkan sumbangan dengan klik pautan berikut:

Atau

YAYASAN IKRAM MALAYSIA
𝟱𝟲𝟮𝟭 𝟰𝟮𝟰𝟬 𝟰𝟰𝟬𝟮 (Maybank)
Ruj: Frontliner


Didoakan Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran para penderma yang budiman.

Dana Terkumpul Tabung Kecemasan Puan Zainab

Syukur dan Alhamdulillah kutipan Tabung Kecemasan Puan Zainab yang dilancarkan minggu lepas mendapat sambutan memberangsangkan daripada anda di luar sana.

Jumlah semasa sumbangan adalah RM 16,678.60, menghampiri target yang disasarkan.

Namun, Puan Zainab masih memerlukan anda untuk menampung kos pembedahan beliau yang saat ini kritikal menyebabkan pendarahan teruk dan perlu dibedah dengan segera.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :

YAYASAN IKRAM MALAYSIA
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj: Zainab
Emel ke: [email protected]

Atau

Imbas QR kod seperti yang tertera dalam gambar ini.

Sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi :

Dr. Adnan : 019 3865622
Pn.Siti : 010 5571757
Pn.Sue : 019 5662902

Tabung Kecemasan Puan Zainab

𝗦𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁-𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵.

Puan Zainab binti Berhanuddin (seperti idalam gambar) merupakan ibu kepada 3 orang anak yang disahkan menghidap ketumbuhan dalam ovari. Ketumbuhan ini berada pada tahap KRITIKAL yang menyebabkan pendarahan yang teruk

Beliau memerlukan pembedahan segera. Suaminya yang bekerja sebagai pemandu Grab tidak mampu untuk menampung kos pembedahan yang dianggarkan sekurang-kurang RM30,000.00.

Alhamdulillah terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghulurkan sumbangan sebahagian kos tersebut tetapi belum mencukupi dan masih perlukan sekurang-kurangnya RM20 ribu lagi dengan SEGERA.

🙏

Atas dasar ini, bagi membantu Pn.Zainab yang sedang bertarung nyawa, kami Yayasan IKRAM Malaysia Negeri Johor mengajak tuan/puan para dermawan untuk sama-sama menyumbang kepada Tabung Bingkisan Ukhuwwah Johor bagi sama-sama menampung kos pembedahan dan yang berkaitan dengannya.

🙏

Anda boleh menderma seikhlas hati melalui akaun:
YAYASAN IKRAM MALAYSIA
562142404402(MAYBANK)
Ruj: ZAINAB
Emel ke: [email protected]@0197800075

Terima kasih ramai yang telah terima sumbangan anda.
Sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi :

Dr. Adnan : 019 3865622

Puan. Siti : 010 5571757

Puan. Sue : 019 5662902

Semoga sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab ganjaran kebaikan dan pahala untuk kita semua Aamiin.

🤲