X
Menu
X

Berita

🎗Tabung Bantuan COVID-19 i-Bantu🎗

Krisis COVID-19 di negara kita hari ini sangat membimbangkan. Virus ini merebak sangat cepat sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi sesetengah rakyat Malaysia, 14 hari ini adalah berita buruk kerana hilang punca pendapatan harian sekaligus tak cukup wang untuk membeli barangan keperluan harian.

Kerja dari rumah juga bukan pilihan kerana tiada internet, rumah yang kecil dan sempit dan tentu sekali kerja mereka kais pagi makan pagi.

i-Bantu berterusan berusaha membantu golongan berkeperluan ini.

Namun untuk teruskan membantu seramai mungkin, kami amat memerlukan bantuan anda, rakyat Malaysia yang dermawan!

Hanya derma RM5 seorang, anda mampu membantu mereka dari segi keperluan makanan iaitu,
✔️  Makanan Kering
✔️  Keperluan asas dapur
✔️  Makanan asas / ruji

Teruskan menderma seberapa nilai pun di link,
🌐 http://yayasan.ikram.org.my/tabung-covid-19/

atau

YAYASAN IKRAM MALAYSIA
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj: Covid19
Emel ke: [email protected]

Terima kasih tidak terhingga. Kedermawanan anda wajar dijadikan contoh! ❤

#DudukRumah #StayAtHome

🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥

Telekung baru untuk Penjara  Kajang

KAJANG, 30 April 2019 – Sebanyak 185 pasang set telekung berkualiti hasil kepercayaan dan sumbangan masyarakat melalui Yayasan Ikram Malaysia telah diserahkan ke Penjara Wanita Kajang.

Pengarah Penjara Wanita Kajang, PKP Lim Kim Mooi, yang turut hadir sepanjang program, telah menerimanya secara simbolik bagi pihak penjara daripada Prof Madya Ainullotfi Bin Abdul Latif, Ketua Pengurusan Yayasan Ikram Malaysia.

Serahan telekung dilakukan selepas Program Isra’ Mi’raj dan Ambang Ramadhan di Penjara Wanita Kajang berlangsung.

Turut hadir untuk slot forum ialah Ust Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanapi (PU Razi), Ust Tajul Arifin bin Che Zakaria, Yang Dipertua IKRAM Putrajaya, dan Puan Faridah binti Maludin, Pengarah Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI).

Lebih kurang 200 para hadirin dari Penjara Wanita Kajang yang terdiri dari kalangan tahanan reman, menjalani hukuman dan banduan akhir.

Penghargaan dan terima kasih 3000 kali kepada semua masyarakat Malaysia khususnya penderma budiman yang banyak menyumbang telekung baru ini.

Program bersama Penjara Wanita Kajang ini merupakan rentetan dari kerjasama PAKSI dan Yayasan Ikram Malaysia sejak dulu lagi.

__________________

Untuk menyumbang ke progam kemasyarakatan kami:
https://www.i-bantu.org.my/reg/

Pelancaran Rayuan Ramadan 1440H / 2019

SHAH ALAM- Rayuan Ramadhan 1440H dengan sasaran RM1 juta telah dilancarkan oleh Yayasan Ikram Malaysia.

Program ini menyasarkan bantuan kepada golongan berikut iaitu faqir miskin, insan teraniaya, ditimpa bencana, orang kurang upaya dan mahasiswa.

Rayuan Ramadhan merupakan program kutipan dana pada bulan Ramadan untuk bantuan kepada yang lebih memerlukan. Dengan menkhususkan kepada jenis bantuan iaitu iftar dan makanan, pendidikan, infrastruktur dan kesihatan. 

Program ini dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia. 

Seramai lebih 750,000 penerima sumbangan telah beroleh manfaatnya sejak penubuhan program ini pada 1999. Jumlah wang agihan hasil sumbangan masyarakat ialah sebanyak lebih RM5,000,000.

Kami di Yayasan Ikram Malaysia merayu masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka yang lebih memerlukan.

Sumbangan boleh dilakukan online melalui https://www.i-bantu.org.my/reg/.


#RayuanRamadhan

#RamadanTanpaPembaziran

29 PELAJAR SMK LEMBAH SUBANG TERIMA CERMIN MATA

ADUN Seri Setia, YB Halimey A Bakar berkata kemerosotan akademik amat berkait rapat dengan masalah mata para pelajar jika diberi perhatian sepenuhnya.

“Program seperti ini sangat penting kerana ramai kanak-kanak tidak akan bagitahu keadaan mata mereka tetapi itu dapat dilihat daripada kemerosotan pencapaian akademik mereka.

“Masalah prestasi menurun ini bukan saja tanggungjawab guru, malah ibu bapa harus memainkan peranan,” katanya.

YB Halimey Abu Bakar turut merasmikan Majlis Penyerahan Cermin Mata Percuma yang diadakan di Dewan Gemilang, SMK Lembah Subang, Petaling Jaya.

Turut menyokong usaha ini, Pengarah Menara Optometry Centre Sdn. Bhd., Tuan Tajul Akhmal Jaapar. Beliau berkata,” Usaha ini tidak mampu kami jayakan sendirian tanpa bantuan dari i-Bantu IKRAM.”

Pakar optometri dari Menara Optometry, Puan Suhaila turut berkongsi tentang tips penjagaan cermin mata. Antaranya buka dan pakai cermin mata dengan kedua belah tangan, lap cermin menggunakan kain yang disediakan, buka cermin mata sebelum tidur, jangan tinggalkan cermin mata di dalam kereta dan selenggara cermin mata di kedai setiap 6 bulan.

Seusai penyerahan cermin mata kepada para pelajar, sesi perkongsian motivasi diadakan yang dikendalikan oleh Ustaz Fathulrahim yang bertajuk “Peribadi Mulia Semua Orang Suka”.

IMG_9439 IMG_9322 IMG_9487 IMG_9342 IMG_9496 IMG_9501

BANTUAN Pasca Banjir di Gerik, Perak

Ahad (8 Okt 2018)- Syabas kepada Khidmat Masyarakat IKRAM : i-Bantu Pulau Pinang dan team SKUBA Belia Harmoni Timur Laut ke atas usaha murni ini.

Kerja-kerja2 mencuci dan mengemas kediaman di kawasan Gerik pasca banjir.

Semoga kehadiran mereka dapat membantu penduduk setempat.

Jazakallah Khoir

WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.13 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.23 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.30 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.34 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 10.30.45 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 10.30.54 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 10.31.02 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 11.50.17 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 11.51.26 AM WhatsApp Image 2018-10-08 at 9.46.26 AM

Tabung Tajaan Rayuan Ramadhan IKRAM

Rayuan Ramadhan BARU 1

?TABUNG RAYUAN RAMADHAN IKRAM ??

? Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak masyarakat untuk bersama-sama JK Khidmat Masyarakat IKRAM (IBantu) membantu mereka yang memerlukan dari segi :-

? EKONOMI
? PENDIDIKAN
? INFRASTRUKTUR
Sumbangan anda blh disalurkan ke akaun berikut :

? PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
Maybank 5621 4240 5154
Bank Islam 1211 30100 499 59

? Sumbanhan online boleh di lakukan pada pautan berikut http://i-bantu.org.my/reg/

? Maklumkan sumbangan anda ke:

? [email protected]

? https://www.wasap.my/+601160501137

✏ “… (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,…” (Ash Shaff : 11)

Layari FB Rayuan Ramadhan IKRAM

#RayuanRamadhanIKRAM
#IKRAMPrihatin
#InfaqRamadhan
#SedekahRamadhan
#SahamAkhirat

 

Majlis Serahan Cermin Mata Percuma

30411818_1732330663480190_6316202510637858816_o

KLANG – Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (I-bantu) dengan rakan kerjasama daripada PERKIS (Persatuan Kebajikan Islam) Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur dan Menara Optometri melaksanakan Majlis Penyerahan Cermin Mata Percuma di Pusat Komuniti IKRAM Klang pada 7 April 2018 lalu.

“Kami tidak mahu pelajar sekolah ini tidak minat meneruskan belajar kerana hal teknikal yang boleh diselesaikan”, kata Timbalan Pengerusi i-Bantu, Hj. Mahmud Ibrahim.

Projek Cermin Mata Percuma ini bertujuan membantu pelajar sekolah yang rabun dan tidak mampu memperoleh cermin mata untuk memperkembangkan pembelajaran mereka.

Dengan tema “Ke Arah Kesejahteraan Pembelajaran Melalui Penglihatan Optima”, seramai 22 orang pelajar sekolah yang menghadapi masalah rabun berumur dalam lingkungan 7 tahun sehingga 17 tahun menerima cermin mata percuma.

Tidak terhad kepada Muslim yang menerima bantuan ini, bukan Muslim juga menerima cermin mata percuma ini, diantaranya ialah adik Chia Wei Qi berumur 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Bukit Kuda dan adik Saminee a/p Nagandaran berumur 14 tahun juga dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Bukit Kuda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Cermin Mata Percuma, sila layari laman sesawang www.ibantu.ikram.org.my atau Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Perasmian Surau Kampung Orang Asli Woh Intake, Tapah

woh intake

TAPAH – Majlis perasmian surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah, Perak pada 31 Mac 2018 disempurnakan oleh Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya Hj. Ainullotfi Abdul Latif bersama rakan kerjasama daripada MyIKRAM Bikers (MIB), TM Bikers, IKRAM Kawasan Batu, IKRAM Kawasan Batang Padang, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita tidak boleh hanya sekadar “touch and go” tetapi dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita mestilah “touch, stay and grow”, kata Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya. Hj. Ainullotfi Abdul Latif.

Pembinaan surau ini merupakan hasil sumbangan dari orang ramai termasuk badan-badan korporat. Keseluruhan kos pembinaan surau ini adalah berjumlah RM95000 dan hasil kutipan daripada i-Bantu adalah sebanyak RM46505.50.

Surau ini dibina bertujuan untuk memudahkan penduduk Islam di Kampung Woh Intake menjalani ibadah solat berjamaah. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai pusat aktiviti keagamaan seperti kelas pengajian fardhu ain, aqidah dan Alquran. Surau juga dibina bertujuan sebagai pusat perjumpaan penduduk-penduduk Islam untuk mencambah benih-benih ukhuwwah sesama mereka di samping memantapkan akidah dan pemahaman tentang Islam. Dalam pada itu, surau ini juga dijadikan sebagai pusat persinggahan kepada penduduk-penduduk Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Pos Musoh untuk berteduh.

Untuk maklumat lanjut mengenai surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, sila layari laman Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Sukarelawan diperlukan

Assalamualaikum w.b.t ?

Semoga berada dalam keredhaan Allah (Allahumma ameen)

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Pelaksana Rayuan Ramadhan (RR) IKRAM 2018 mencari calon-calon yang berminat menjadi sukarelawan RR:-

Terbuka kepada :
a) mahasiswa yang sedang bercuti semester
b) mahasiswa yang baru graduate
c) individu yang sedang mencari pekerjaan
d) semua warga Malaysia

Hari bekerja :
-5 hari seminggu (9:00 pagi – 5:30 petang)
-Sabtu dan Ahad (lebih masa- bergantung pada keperluan dan kebenaran Pengurus Operasi)

Tempat bekerja :
Pejabat i-Bantu IKRAM Taman Melawati, Kuala Lumpur

Diperlukan:
1 perempuan
3 lelaki

Tugasan:
1. Menjalankan kerja2 pentadbiran dan kewangan
2. Menjalankan kerja2 pemasaran dan pengiklanan
3. Menjalankan kerja2 pengedaran bahan promosi Rayuan Ramadhan
4. Menjalankan kerja2 atas arahan pihak pengurusan

Berminat untuk bersama kami menggerakkan program Rayuan Ramadhan?

Hubungi :
HAZMI
-Telefon: +6011 6050 1137
-WhatsApp: http://ibantu.wasap.my @ http://ibantu2.wasap.my
-Pejabat: 03 4101 2080
-Emel: [email protected]

Terima kasih di atas perhatian.

Sekian, wassalam

Pelancaran Program Cermin Mata Percuma

IMG_3916

Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu) melancarkan Program Cermin Mata Percuma bagi pelajar sekolah yang memerlukan dan tidak mampu menampung kos mendapatkan cermin mata.

Sasaran awal bagi pelajar sekolah yang bakal menerima cermin mata ini ialah 200 orang pelajar di seluruh negara terutamanya di IKRAM kawasan.

Seramai 27 pelajar sekolah yang lebih memerlukan telah hadir bagi sesi penerimaan cermin mata percuma ini.

Program dilancarkan oleh Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif, Pengerusi Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu di Pejabat IKRAM Selangor, Shah Alam pada 21 Januari 2018.

cermin mata edited budak“Bantuan akan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit”, Prof Madya Ainullotfi.

Program ini atas kerjasama Menara Optometry Sdn Bhd dan IKRAMHealth.

i-Bantu mengalu-alukan sumbangan masyarakat umum dalam Program Cermin Mata Percuma ini supaya ramai pelajar sekolah yang rabun dan lebih memerlukan dapat menerima bantuan cermin mata ini seterusnya meneruskan pembelajaran dengan lebih baik.

Sumbangan boleh dibuat di www.i-bantu.org.my/reg.

__