X
Menu
X

Aktiviti

Qurban Kasih Ummah

📍Ibadah Qurban kini tiba lagi!

Fasa Malaysia hari ini selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hampir 90 hari telah memberi kesan kepada pelbagai pihak terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana. Bersama berkongsi rezeki dan daging korban bersama mereka yang memerlukan.

Yayasan Ikram Malaysia (i-Bantu) berterusan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan asnaf, ibu tunggal, OKU dan B40 dalam meringankan beban mereka. Antara kerjasama yang diajalankan adalah bersama;

  1. Kedutaan Amerika Syarikat (USAID)
  2. Kedutaan Republik Rakyat China
  3. Ikhlas AirAsia
  4. Sime Darby Plantations

Kami memberi tawaran kepada para dermawan; Pakej Qurban Lembu dan Qurban Wang

Antaranya ialah⤵️:

  1. Qurban Lembu: RM 690 untuk satu bahagian
  2. Qurban Wang:
    a. Pakej 1: RM 69 untuk Bahan Asas
    b. Pakej 2: RM 89 untuk Bahan Asas + Susu Bayi + Lampin
    c. Pakej 3: RM149 untuk Bahan Asas + Susu bayi + Lampin + Wang ehsan

*Bahan Asas: Beras, Minyak masak, Sardin, Kicap, Gula, Gandum, Bee hoon, Biskut, Teh/Kopi

Salurkan sumbangan anda melalui:


atau
.
YAYASAN IKRAM MALAYSIA
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj: QKU
Emel ke: [email protected]

Usaha ini memerlukan anda semua, rakyat Malaysia yang prihatin bagi berkongsi rezeki agar dapat disalurkan secara telus kepada insan memerlukan.

“Bersama menyumbang, berkongsi barakah”

Rayuan Ramadan 1441H/2020

🌜Bulan Ramadan kini tiba lagi. 🕯

Namun sambutannya kali ini agak sederhana disebabkan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 55 hari (setakat ini).

Bagi kebanyakan kita, mungkin ini hanyalah masalah kecil dan kita masih boleh bekerja di rumah. Namun bagi ramai saudara kita di luar sana, PKP 55 hari ini bermakna lebih sebulan mereka putus pendapatan.

Jabatan Perangkaan menyatakan, 46% mereka yang bekerja sendiri telah hilang pekerjaan. Antaranya termasuklah peniaga kecil, pekerja persendirian dan golongan yang dikatakan kais pagi makan pagi.

Tak terbayang bagaimana perasaan mereka yang terpaksa mencatu keperluan makanan bagi seluruh ahli keluarga, dan keperluan anak kecil seperti lampin dan susu. 😢

Yayasan Ikram Malaysia (i-Bantu) berterusan melalui Rayuan Ramadan untuk tahun yang ke-21 mengajak para dermawan dalam usaha menjaga kebajikan golongan yang memerlukan bantuan dan perhatian kita. 🎁

Bantuan disalurkan berbentuk:
🔸 Sumbangan Kebajikan Umum
🔸 Pek Makanan Sepanjang Tahun
🔸 Projek Pendidikan
🔸 Projek Infrastruktur
🔸 Bantuan OKU/Kesihatan
🔸 Pek Ramadan

Salurkan infaq anda melalui:
🌐 http://yayasan.ikram.org.my/infaq-ramadan/

atau

YAYASAN IKRAM MALAYSIA
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj: RR20
Emel ke: [email protected]

Usaha ini memerlukan anda semua, rakyat Malaysia yang prihatin bagi berkongsi rezeki agar dapat disalurkan secara telus kepada insan memerlukan.

Semoga kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah membawa sinar kepada negara kita agar bebas COVID-19 dan memberi kebahagian kepada mereka yang menerima sumbangan.

🎗Tabung Bantuan COVID-19 i-Bantu🎗

Krisis COVID-19 di negara kita hari ini sangat membimbangkan. Virus ini merebak sangat cepat sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi sesetengah rakyat Malaysia, 14 hari ini adalah berita buruk kerana hilang punca pendapatan harian sekaligus tak cukup wang untuk membeli barangan keperluan harian.

Kerja dari rumah juga bukan pilihan kerana tiada internet, rumah yang kecil dan sempit dan tentu sekali kerja mereka kais pagi makan pagi.

i-Bantu berterusan berusaha membantu golongan berkeperluan ini.

Namun untuk teruskan membantu seramai mungkin, kami amat memerlukan bantuan anda, rakyat Malaysia yang dermawan!

Hanya derma RM5 seorang, anda mampu membantu mereka dari segi keperluan makanan iaitu,
✔️  Makanan Kering
✔️  Keperluan asas dapur
✔️  Makanan asas / ruji

Teruskan menderma seberapa nilai pun di link,
🌐 http://yayasan.ikram.org.my/tabung-covid-19/

atau

YAYASAN IKRAM MALAYSIA
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj: Covid19
Emel ke: [email protected]

Terima kasih tidak terhingga. Kedermawanan anda wajar dijadikan contoh! ❤

#DudukRumah #StayAtHome

🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥🟥

Variasi Itu Indah (12 Okt 2019)

SG BULOH- Yayasan Ikram Malaysia dibawah Unit Keprihatinan Orang Kelainan Upaya dengan kerjasama Fakulti Perubatan UiTM julung-kalinya telah menganjurkan program asimilasi di antara kanak-kanak normal (disebut tipikal) dan kanak-kanak kelainan upaya. Program dengan tema Variasi Itu Indah telah diadakan di Fakulti Perubatan, UiTM Sg Buloh pada 12 Oktober 2019.

Seramai 48 orang kanak-kanak dan 30 orang ibu bapa turut serta menjayakan program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak tidak kira kanak-kanak normal atau kelainan upaya untuk sama-sama berinteraksi, mengenali dan nemahami antara satu sama lain.

Ketua Unit Keprihatinan OKU Yayasan Ikram Malaysia, Dr Wan Najwa Wan Mohd Zohdi yang merupakan Pensyarah Perubatan Pemulihan di UiTM menekankan tentang perlunya ibubapa kepada anak-anak tipikal untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak tentang wujudnya insan-insan berkelainan upaya supaya mereka lebih senang mendekati rakan mereka yang mempunyai kelainan upaya. Beliau turut mengutarakan bahawa peranan memperkasakan dan mecapai kelestarian warga kelainan upaya sepatutnya menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk kerajaan yang membentuk polisi dan merancang peruntukan, institusi pendidikan iaitu sekolah dan kolej, majikan-majikan dan seterusnya masyarakat umumnya.

“Jadikan tekanan yang dihadapi sebagai kawan dan bukannya musuh,” kata Rajvin Kaur,34 iaitu salah seorang motivator yang mempunyai cerebral palsy sejak kecil.

Sepanjang program berjalan ibu bapa dan kanak-kanak diasingkan dalam dua aktiviti yang berbeza. Aktiviti bersama kanak-kanak dikendalikan oleh Pegawai Terapi Carakerja dari Gym Academy Child Development Center, Pn. Siti Aisyah Rozalli dan turut dibantu oleh sukarelawan fasilitator-fasilitator yang datang dari pelbagai latarbelakang antaranya guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi, jurupulih anggota, jurupulih carakerja, jururawat dan pelajar-pelajar perubatan UiTM.

Kanak-kanak melakukan aktiviti solat, bersenam, menari, menyanyi dan mewarna bersama-sama. Aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat kanak-kanak untuk turut serta.

 “Ibu bapa perlu menerima redha dengan cepat dan cari cara untuk membantu anak-anak kita. Satu harapan saya untuk anak-anak saya adalah supaya mereka dapat berdikari dan berpeluang menyumbang kepada masyarakat,” luah Pn Suriyati, ibu kepada kembar anak kelainan upaya.

Bagi Dr Siti Aishah Wan Mohd Hasni pula yang anak sulungnya di-diagnos dengan masalah autisme, “Belajar mensyukuri, berlapang dada dan merendahkan ekspektasi, sangat membantu agak kita sebagai ibubapa tidak merasa kecewa atau stress. Jangan pernah berputus asa pada anak kita.”

Kedua-dua mereka amat menekankan peri pentingnya untuk ibu bapa menyertai mana-mana kumpulan sokongan tidak kiralah NGO, NGi atau perkongsian melalui media sosial untuk mendapatkan pandangan dan belajar pengalaman mereka yang menghadapi situasi yang sama.

Pihak Yayasan IKRAM Malaysia menyeru agar pihak kerajaan serta seluruh warga masyarakat bersama-sama memainkan peranan agar kualiti hidup warga kelainan upaya dapat ditingkatkan.

Program VARIASI ITU INDAH

Assalamualaikum tuan/puan 😊,

12 Oktober ini, kami akan menganjurkan program yang akan menjadi pembuka jalan untuk anak-anak kita belajar dan mengorak langkah bersama antara anak-anak istimewa.

Pelbagai aktiviti menarik menanti seperti solat dhuha dan doa, sukaneka dan pelbagai lagi yang akan memberi peluang kanak-kanak berinteraksi dan bersosial bersama-sama tanpa prejudis.

Sementara itu, ibu bapa peserta akan disajikan dengan input mengenai mendidik anak-anak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak OKU dan perkongsian oleh ibu bapa OKU dalam mendidik mereka.

❤️
Jika berminat untuk menyertai program ini, tekan pautan ini dan isikan butirannya:

http://bit.ly/pesertavariasituindah

atau

wasap.my/60132179855/PesertaVII

Kongsikan posting ini agar lebih ramai YANG CAKNA & MENYOKONG USAHA INDAH INI 😊😊😊

#VARIASIITUINDAH
#AsimilasiKanakKanakOKUKomuniti
#LetsPlayTogetherAndBeHappyTogether

Telekung baru untuk Penjara  Kajang

KAJANG, 30 April 2019 – Sebanyak 185 pasang set telekung berkualiti hasil kepercayaan dan sumbangan masyarakat melalui Yayasan Ikram Malaysia telah diserahkan ke Penjara Wanita Kajang.

Pengarah Penjara Wanita Kajang, PKP Lim Kim Mooi, yang turut hadir sepanjang program, telah menerimanya secara simbolik bagi pihak penjara daripada Prof Madya Ainullotfi Bin Abdul Latif, Ketua Pengurusan Yayasan Ikram Malaysia.

Serahan telekung dilakukan selepas Program Isra’ Mi’raj dan Ambang Ramadhan di Penjara Wanita Kajang berlangsung.

Turut hadir untuk slot forum ialah Ust Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanapi (PU Razi), Ust Tajul Arifin bin Che Zakaria, Yang Dipertua IKRAM Putrajaya, dan Puan Faridah binti Maludin, Pengarah Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI).

Lebih kurang 200 para hadirin dari Penjara Wanita Kajang yang terdiri dari kalangan tahanan reman, menjalani hukuman dan banduan akhir.

Penghargaan dan terima kasih 3000 kali kepada semua masyarakat Malaysia khususnya penderma budiman yang banyak menyumbang telekung baru ini.

Program bersama Penjara Wanita Kajang ini merupakan rentetan dari kerjasama PAKSI dan Yayasan Ikram Malaysia sejak dulu lagi.

__________________

Untuk menyumbang ke progam kemasyarakatan kami:
https://www.i-bantu.org.my/reg/

Pelancaran Rayuan Ramadan 1440H / 2019

SHAH ALAM- Rayuan Ramadhan 1440H dengan sasaran RM1 juta telah dilancarkan oleh Yayasan Ikram Malaysia.

Program ini menyasarkan bantuan kepada golongan berikut iaitu faqir miskin, insan teraniaya, ditimpa bencana, orang kurang upaya dan mahasiswa.

Rayuan Ramadhan merupakan program kutipan dana pada bulan Ramadan untuk bantuan kepada yang lebih memerlukan. Dengan menkhususkan kepada jenis bantuan iaitu iftar dan makanan, pendidikan, infrastruktur dan kesihatan. 

Program ini dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia. 

Seramai lebih 750,000 penerima sumbangan telah beroleh manfaatnya sejak penubuhan program ini pada 1999. Jumlah wang agihan hasil sumbangan masyarakat ialah sebanyak lebih RM5,000,000.

Kami di Yayasan Ikram Malaysia merayu masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka yang lebih memerlukan.

Sumbangan boleh dilakukan online melalui https://www.i-bantu.org.my/reg/.


#RayuanRamadhan

#RamadanTanpaPembaziran

29 PELAJAR SMK LEMBAH SUBANG TERIMA CERMIN MATA

ADUN Seri Setia, YB Halimey A Bakar berkata kemerosotan akademik amat berkait rapat dengan masalah mata para pelajar jika diberi perhatian sepenuhnya.

“Program seperti ini sangat penting kerana ramai kanak-kanak tidak akan bagitahu keadaan mata mereka tetapi itu dapat dilihat daripada kemerosotan pencapaian akademik mereka.

“Masalah prestasi menurun ini bukan saja tanggungjawab guru, malah ibu bapa harus memainkan peranan,” katanya.

YB Halimey Abu Bakar turut merasmikan Majlis Penyerahan Cermin Mata Percuma yang diadakan di Dewan Gemilang, SMK Lembah Subang, Petaling Jaya.

Turut menyokong usaha ini, Pengarah Menara Optometry Centre Sdn. Bhd., Tuan Tajul Akhmal Jaapar. Beliau berkata,” Usaha ini tidak mampu kami jayakan sendirian tanpa bantuan dari i-Bantu IKRAM.”

Pakar optometri dari Menara Optometry, Puan Suhaila turut berkongsi tentang tips penjagaan cermin mata. Antaranya buka dan pakai cermin mata dengan kedua belah tangan, lap cermin menggunakan kain yang disediakan, buka cermin mata sebelum tidur, jangan tinggalkan cermin mata di dalam kereta dan selenggara cermin mata di kedai setiap 6 bulan.

Seusai penyerahan cermin mata kepada para pelajar, sesi perkongsian motivasi diadakan yang dikendalikan oleh Ustaz Fathulrahim yang bertajuk “Peribadi Mulia Semua Orang Suka”.

IMG_9439 IMG_9322 IMG_9487 IMG_9342 IMG_9496 IMG_9501

BANTUAN Pasca Banjir di Gerik, Perak

Ahad (8 Okt 2018)- Syabas kepada Khidmat Masyarakat IKRAM : i-Bantu Pulau Pinang dan team SKUBA Belia Harmoni Timur Laut ke atas usaha murni ini.

Kerja-kerja2 mencuci dan mengemas kediaman di kawasan Gerik pasca banjir.

Semoga kehadiran mereka dapat membantu penduduk setempat.

Jazakallah Khoir

WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.13 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.23 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.30 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 2.28.34 PM WhatsApp Image 2018-10-07 at 10.30.45 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 10.30.54 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 10.31.02 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 11.50.17 AM WhatsApp Image 2018-10-07 at 11.51.26 AM WhatsApp Image 2018-10-08 at 9.46.26 AM

Tabung Tajaan Rayuan Ramadhan IKRAM

Rayuan Ramadhan BARU 1

?TABUNG RAYUAN RAMADHAN IKRAM ??

? Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak masyarakat untuk bersama-sama JK Khidmat Masyarakat IKRAM (IBantu) membantu mereka yang memerlukan dari segi :-

? EKONOMI
? PENDIDIKAN
? INFRASTRUKTUR
Sumbangan anda blh disalurkan ke akaun berikut :

? PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
Maybank 5621 4240 5154
Bank Islam 1211 30100 499 59

? Sumbanhan online boleh di lakukan pada pautan berikut http://i-bantu.org.my/reg/

? Maklumkan sumbangan anda ke:

? [email protected]

? https://www.wasap.my/+601160501137

✏ “… (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,…” (Ash Shaff : 11)

Layari FB Rayuan Ramadhan IKRAM

#RayuanRamadhanIKRAM
#IKRAMPrihatin
#InfaqRamadhan
#SedekahRamadhan
#SahamAkhirat