X
Menu
X

Tabung Kecemasan Puan Zainab

Tabung Kecemasan Puan Zainab

𝗦𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁-𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵.

Puan Zainab binti Berhanuddin (seperti idalam gambar) merupakan ibu kepada 3 orang anak yang disahkan menghidap ketumbuhan dalam ovari. Ketumbuhan ini berada pada tahap KRITIKAL yang menyebabkan pendarahan yang teruk

Beliau memerlukan pembedahan segera. Suaminya yang bekerja sebagai pemandu Grab tidak mampu untuk menampung kos pembedahan yang dianggarkan sekurang-kurang RM30,000.00.

Alhamdulillah terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghulurkan sumbangan sebahagian kos tersebut tetapi belum mencukupi dan masih perlukan sekurang-kurangnya RM20 ribu lagi dengan SEGERA.

🙏

Atas dasar ini, bagi membantu Pn.Zainab yang sedang bertarung nyawa, kami Yayasan IKRAM Malaysia Negeri Johor mengajak tuan/puan para dermawan untuk sama-sama menyumbang kepada Tabung Bingkisan Ukhuwwah Johor bagi sama-sama menampung kos pembedahan dan yang berkaitan dengannya.

🙏

Anda boleh menderma seikhlas hati melalui akaun:
YAYASAN IKRAM MALAYSIA
562142404402(MAYBANK)
Ruj: ZAINAB
Emel ke: [email protected]@0197800075

Terima kasih ramai yang telah terima sumbangan anda.
Sebarang pertanyaan, boleh juga hubungi :

Dr. Adnan : 019 3865622

Puan. Siti : 010 5571757

Puan. Sue : 019 5662902

Semoga sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab ganjaran kebaikan dan pahala untuk kita semua Aamiin.

🤲
Share