X
Menu
X

PENGHANTARAN KE-50 100 PEK MAKANAN FOOD FOR FRONTLINERS

PENGHANTARAN KE-50 100 PEK MAKANAN FOOD FOR FRONTLINERS

Alhamdulillah selesai penghantaran sesi terakhir 100 pek makan malam untuk para frontliners di Hospital Sungi Buloh.

Sepanjang program berlangsung dari 15 Mei 2021 sehingga 18 Jun 2021, telah 50 kali penghantaran dilakukan membabitkan jumlah sumbangan sebanyak 5,000 pek makanan.

Program bukan sahaja membantu para frontliners dalam mendapatkan makan malam malah turut membantu peniaga kecil sekitar Kota Damansara dan pemandu van sekolah yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Jutaan terima kasih kepada penyumbang yang budiman dan saya mewakili Yayasan Ikram Malaysia dan IKRAM Petaling Jaya memohon sejuta kemaafan di atas segala kekurangan sepanjang program berlangsung.

Teruskan menyokong dan menyumbang bersama Yayasan Ikram Malaysia.

Share