X
Menu
X

Rayuan Ramadan 1441H/2020

Rayuan Ramadan 1441H/2020

🌜Bulan Ramadan kini tiba lagi. 🕯

Namun sambutannya kali ini agak sederhana disebabkan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 55 hari (setakat ini).

Bagi kebanyakan kita, mungkin ini hanyalah masalah kecil dan kita masih boleh bekerja di rumah. Namun bagi ramai saudara kita di luar sana, PKP 55 hari ini bermakna lebih sebulan mereka putus pendapatan.

Jabatan Perangkaan menyatakan, 46% mereka yang bekerja sendiri telah hilang pekerjaan. Antaranya termasuklah peniaga kecil, pekerja persendirian dan golongan yang dikatakan kais pagi makan pagi.

Tak terbayang bagaimana perasaan mereka yang terpaksa mencatu keperluan makanan bagi seluruh ahli keluarga, dan keperluan anak kecil seperti lampin dan susu. 😢

Yayasan Ikram Malaysia (i-Bantu) berterusan melalui Rayuan Ramadan untuk tahun yang ke-21 mengajak para dermawan dalam usaha menjaga kebajikan golongan yang memerlukan bantuan dan perhatian kita. 🎁

Bantuan disalurkan berbentuk:
🔸 Sumbangan Kebajikan Umum
🔸 Pek Makanan Sepanjang Tahun
🔸 Projek Pendidikan
🔸 Projek Infrastruktur
🔸 Bantuan OKU/Kesihatan
🔸 Pek Ramadan

Salurkan infaq anda melalui:
🌐 http://yayasan.ikram.org.my/infaq-ramadan/

atau

YAYASAN IKRAM MALAYSIA
5621 4240 4402 (Maybank)
Ruj: RR20
Emel ke: [email protected]

Usaha ini memerlukan anda semua, rakyat Malaysia yang prihatin bagi berkongsi rezeki agar dapat disalurkan secara telus kepada insan memerlukan.

Semoga kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah membawa sinar kepada negara kita agar bebas COVID-19 dan memberi kebahagian kepada mereka yang menerima sumbangan.

Share