X
Menu
X

29 PELAJAR SMK LEMBAH SUBANG TERIMA CERMIN MATA

29 PELAJAR SMK LEMBAH SUBANG TERIMA CERMIN MATA

ADUN Seri Setia, YB Halimey A Bakar berkata kemerosotan akademik amat berkait rapat dengan masalah mata para pelajar jika diberi perhatian sepenuhnya.

“Program seperti ini sangat penting kerana ramai kanak-kanak tidak akan bagitahu keadaan mata mereka tetapi itu dapat dilihat daripada kemerosotan pencapaian akademik mereka.

“Masalah prestasi menurun ini bukan saja tanggungjawab guru, malah ibu bapa harus memainkan peranan,” katanya.

YB Halimey Abu Bakar turut merasmikan Majlis Penyerahan Cermin Mata Percuma yang diadakan di Dewan Gemilang, SMK Lembah Subang, Petaling Jaya.

Turut menyokong usaha ini, Pengarah Menara Optometry Centre Sdn. Bhd., Tuan Tajul Akhmal Jaapar. Beliau berkata,” Usaha ini tidak mampu kami jayakan sendirian tanpa bantuan dari i-Bantu IKRAM.”

Pakar optometri dari Menara Optometry, Puan Suhaila turut berkongsi tentang tips penjagaan cermin mata. Antaranya buka dan pakai cermin mata dengan kedua belah tangan, lap cermin menggunakan kain yang disediakan, buka cermin mata sebelum tidur, jangan tinggalkan cermin mata di dalam kereta dan selenggara cermin mata di kedai setiap 6 bulan.

Seusai penyerahan cermin mata kepada para pelajar, sesi perkongsian motivasi diadakan yang dikendalikan oleh Ustaz Fathulrahim yang bertajuk “Peribadi Mulia Semua Orang Suka”.

IMG_9439 IMG_9322 IMG_9487 IMG_9342 IMG_9496 IMG_9501

Share